Berita Hari Ini

Abang Bomba Pujuk Supaya Tidak Terjun

Ipoh: Kesabaran dan komitmen anggota bomba yang memujuk lelaki berusia 41 tahun selama dua jam membuahkan hasil apabila individu terbabit membatalkan hasratnya untuk terjun dari ketinggian 15 meter di dalam Terminal Bas Aman Jaya, Meru Raya, hari ini.

Jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan kecemasan memaklumkan berhubung kejadian pada 6.38 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi didapati seorang lelaki cuba terjun dari ketinggian 15 meter di dalam terminal bas dipercayai untuk membunuh diri kerana tekanan perasaan.

“Anggota yang lengkap menggunakan Peralatan Perlidungan Peribadi (PPE) dan berjaya memujuk lelaki itu selepas dua jam sebelum dia turun dengan sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 8.26 pagi.

Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");