Jenayah
Like

Aktiviti Seleweng Gas LPG Dalam Kebun Sawit Terbongkar

April 17, 2021
363 Views
0 Comments
1 minute read
Aktiviti Seleweng Gas LPG Dalam Kebun Sawit Terbongkar

Bukit Mertajam: Aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) yang menjadikan kebun sawit di Bukit Minyak, di sini sebagai markas operasi terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, semalam.

Dalam serbuan 2.30 petang itu, beberapa pekerja yang dipercayai melakukan aktiviti penyelewengan gas berkenaan didapati meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran seramai 11 penguat kuasa KPDNHEP ke kawasan berkenaan.

Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, serbuan berdasarkan hasil risikan dan aduan orang awam yang diterima berhubung kegiatan berkenaan.

“Hasil serbuan mendapati berlaku aktiviti penyelewengan gas LPG di satu kawasan di dalam kebun kelapa sawit.

“Modus operandi yang digunakan adalah memindahkan gas LPG bersubsidi 14 kilogram (kg) ke dalam tong gas industri 50 kg,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, berikutan itu pihaknya merampas 30 tong LPG 50kg, 108 tong LPG 14 kg dan peralatan yang digunakan untuk memindahkan gas berkenaan yang kesemua hasil rampasan bernilai RM22,500.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan kesalahan seseorang itu boleh dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak boleh melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat perbadanan denda boleh dikenakan tidak lebih RM2 juta,” katanya.

Harian Metro

Komen & Pendapat

Comments are closed.