Membawang Hari Ini

Anak Biri-Biri Hilang Bermalam Di Lokap

Dublin: Seekor anak biri-biri yang hilang pada hujung minggu sempat bermalam di dalam lokap sebelum dikembalikan kepada pemiliknya.

Portal Fox6Now.com melaporkan, anak biri-biri itu ditemui oleh polis Ireland di jalan berhampiran bandar Clonmel dekat daerah Tipperary.

Haiwan itu diambil dan ditempatkan di dalam lokap, sementara anggota polis berusaha mencari pemiliknya.

Gambar anak biri-biri itu ‘berehat’ di dalam lokap mendapat perhatian netizen selepas pasukan polis Ireland, Garda Siochana, memuat naik foto itu di Twitter .

“Anak kecil ini ditemui pada hujung minggu oleh Gardaí di Clonmel selepas terlepas daripada kumpulannya.

“Terima kasih diucapkan kepada individu yang menghubungi pihak berkuasa selepas menemui haiwan ini di jalan,” tulis Garda di Twitter, pada 19 April lalu.

Anak biri-biri itu selamat dikembalikan kepada pemiliknya pada Ahad lalu.

Selain anak biri-biri berkenaan, seekor anjing jantan berusia setahun turut mendapat perhatian pihak berkuasa selepas berulang kali memasuki sebuah premis di daerah Duplin dekat Carolina Utara untuk mengambil patung unicorn berwarna ungu.

Menyedari hal itu, pegawai kawalan haiwan membeli mainan berkenaan untuk diberikan kepada anjing bernama Sisu itu.

Kisah itu mendapat perhatian netizen terutama pencinta anjing selepas dikongsikan di Facebook (FB).

Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");