Berita Hari Ini

Baguslah PN Terima Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 dialu-alukan.

Lagipun, Dr Mahathir tidak perlu bimbang kehadiran Datuk Seri Najib Razak yang digelar ‘penyangak’ oleh Ahli Parlimen Langkawi itu dalam PN.

Mohd Puad Zakarshi berkata, ini kerana UMNO tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRU15 nanti memandangkan itu keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Ahli MKT itu menambah, bahkan UMNO juga telah membuat keputusan di Perhimpunan Agung UMNO 2020 kan keluar dari Kerajaan PN.

”Tetapi baguslah kalau PN terima Tun M balik. Hamzah Zainudin pun cakap PN sedia terima sesiapa pun termasuk Tun M. Sekarang ini PN akan terima sahaja kaki lompat.

”Maka kalau Tun M mahu masuk PPBM atau PN masuklah. Rakyat sudah kenal beliau. Di mana saja beliau ada, akan ada masalah kronik.

”Lagi cepat dia masuk PN, lagi cepat PN masuk kubur. Itu yang berlaku kepada PH,” ujarnya sambil mendakwa Dr Mahathir amat takut dengan Najib.

Dakwa Puad, Dr Mahathir melihat Najib sebagai penghalang utama agenda besar beliau untuk menaikkan Datuk Seri Mukriz Mahathir sebagai perdana menteri.

Paling Dr Mahathir tidak tahan ialah dalam semua survei populariti, Najib tetap nombor satu dan Mukriz tidak masuk senarai dan beliau pula dalam senarai terbawah, tambah Puad.

MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");