Jenayah

Bapa Tiri Disyaki Punca Budak 3 Tahun Positif Dadah

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab menyebabkan anak tirinya yang baru berusia tiga tahun positif dadah jenis amfetamina dan methapetamina.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata laporan itu diterima daripada doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (wad wanita dan kanak-kanak Kuala Lumpur) berkaitan ujian air kencing yang dijalankan terhadap kanak-kanak tersebut pada tiga hari lepas.

Mohd Fazley berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dijaga oleh suspek – berusia 38 tahun – di Nilai pada 14 April lalu.

“Keesokan harinya, ibu kanak-kanak itu membawa anaknya ke hospital untuk mendapat rawatan kerana melihat budak terbabit berkelakuan aneh dan tidak seperti kebiasaanya.

“Rawatan yang dilakukan di hospital berkenaan mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis amfetamina dan methapetamina,” menurutnya dalam kenyataan di Nilai hari ini.

Mohd Fazley berkata alamat terakhir lelaki yang bekerja sebagai tukang jahit pakaian bernama Mohd Faresh Khalid itu ialah di C-13-7 Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan PT 8413 Jalan 5/4B, Taman Desa Jasmin, Nilai.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ia turut turut disiasat mengikut Seksyen 14(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi ASP Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-800 5225 dan Pegawai Penyiasat Insp Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-3333 0025 atau Insp Normi Hashim (013-694 9623) atau balai polis berhampiran.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");