Membawang Hari Ini

Bubur Anak Lebah Warisan Negeri Perak

Ipoh: Hidangan bubur lambuk sudah tidak asing lagi setiap kali bulan Ramadan namun bubur anak lebah tidak dilupakan masyarakat Perak Tengah sebagai pemanis mulut ketika berbuka puasa.

Uniknya bubur ini adalah dari segi cara pembuatannya yang menggunakan acuan seperti sarang madu lebah dan adunan tepung yang ditekan pada atas lubang-lubang acuan dalam menghasilkan bentuk seperti anak-anak lebah, sekali gus mendapat gelaran sebegitu.

Bernama berkesempatan menemui seorang peniaga bubur anak lebah, Sarpah Salwa Abd Rahim, 57, yang menyifatkan bubur anak lebah merupakan manisan warisan negeri Perak yang popular ketika majlis lepas berpantang, majlis berendoi dan cukur jambul namun ia sukar ditemui pada masa kini kerana tidak ramai yang berkebolehan untuk memasaknya.

“Bukan semua orang boleh buat sebab bubur ini warisan lama datuk nenek dan orang Bota atau Perak Tengah sahaja yang banyak tahu sebab itu ramai lagi orang yang tidak tahu bubur anak lebah.

“Kebetulan saya pun memang asal orang sana sebab itu tahu cara membuatnya. Dahulu saya belajar dengan arwah emak dan tidak sangka laku pula. Mungkin kerana tidak ramai yang membuatnya. Alhamdulillah permintaan serta tempahan daripada pelanggan sentiasa ada,” katanya.

Selain bubur anak lebah, Cikwa turut menjual 10 jenis bubur tradisional lain setiap kali tiba Ramadan termasuklah dua lagi makanan istimewa warisan Perak iaitu penjan ubi kayu dan bubur roti kapal.

“Setiap hari memang saya akan masak 10 jenis bubur. Kadang-kadang 13 bubur bergantung pada bahan yang ada. Yang paling laris dan akan habis dulu bubur anak lebah mungkin berikutan kesukaran mendapatnya selain namanya yang unik,” katanya.

Dia yang berniaga di Taman Perpaduan di sini berkata, pelanggan daripada pelbagai bangsa, agama dan kaum akan datang membeli bubur anak lebah itu sebaik gerainya dibuka pada jam 3 petang sambil mengamalkan prosedur operasi ditetapkan dan meraikan keharmonian masyarakat setempat.

Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");