English World

COVID-19: 200 Juta Dos Vaksin Diberi Dalam 100 Hari Pentadbiran Biden

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berjaya mengagihkan 200 juta dos vaksin COVID-19 dalam tempoh 100 hari pentadbiran presidennya, Joe Biden.

Susulan kejayaan itu, fasa baharu akan bermula dalam usaha untuk terus meningkatkan langkah memvaksinasi bagi melindungi rakyat negara itu.

Dalam ucapannya di White House, Biden menyifatkan vaksin dapat melindungi diri sendiri selain orang sekeliling.

“Ini adalah kejayaan rakyat Amerika. Satu penyatuan dan kesungguhan yang menyeluruh.”

Dan ini adalah peringatan terhadap apa yang penyatuan dapat lakukan kepada kita dalam mencapai matlamat sama.

“Ketika ini kita sudah mencapai sasarannya. Kita akan memasuki fasa baharu dalam usaha vaksinasi,” kata Biden.

Kerajaan dipimpin Biden kini dalam usaha meningkatkan lagi pendaftaran vaksinasi yang dilihat semakin berkurangan melalui penawaran insentif cukai kepada pekerja yang mendapatkan suntikan vaksin.

Sebelum ini, Biden mengumumkan pelepasan cukai kepada syarikat kecil untuk meluluskan cuti bagi pekerja mereka mendapatkan vaksin atau bagi mereka yang memerlukan cuti sakit akibat kesan sampingan vaksin.

Pelepasan cukai itu akan dikreditkan sehingga AS$511 sehari bagi setiap pekerja untuk syarikat yang kurang daripada 500 pekerja.

Berdasarkan data yang dikeluarkan White House, hanya 43 peratus pekerja dewasa sudah menerima suntikan pertama vaksin.

Astro Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");