Berita Hari Ini
Like

COVID-19: Perinci Laporan Petugas Kesihatan Dijangkiti Selepas Divaksin

April 19, 2021
154 Views
0 Comments
1 minute read
COVID-19: Perinci Laporan Petugas Kesihatan Dijangkiti Selepas Divaksin

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming menggesa Ketua Pengarah (KP) Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk menjelaskan laporan mengenai petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 walaupun selepas menerima suntikan vaksin.

Beliau mendesak agar perincian lanjut dapat dijelaskan kerana kenyataan tersebut menimbulkan kegusaran rakyat Malaysia untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Contohnya, Dr Noor Hisham boleh menyatakan hanya 142 petugas kesihatan yang dijangkiti berbanding kira-kira 500,000 petugas kesihatan (ketika data itu dikeluarkan) yang sudah menerima suntikan dos pertama atau hanya 0.03 peratus.

“Dan beliau (Dr Noor Hisham) boleh menambah hanya 40 petugas kesihatan daripada 300,000 (ketika data itu dikeluarkan) dijangkiti selepas menerima suntikan dos kedua (atau hanya 0.01 peratus).

“Apa yang disampaikan oleh kenyataan KP itu, selain apa yang media laporkan, membuatkan vaksin itu tidak berkesan daripada dijangkiti COVID-19,” ujarnya.

Sedangkan, kata Ong, vaksin Pfizer-BioNTech dilaporkan 99 peratus berkesan melindungi mereka yang sudah disuntik daripada dijangkiti COVID-19.

Begitu juga, mereka yang sudah divaksin, menurutnya, hanya mengalami gejala kurang serius jika dijangkiti selepas itu.

“Jadi, salah satu akibat daripada kenyataan KP ini akan menyaksikan lebih ramai orang tidak mahu untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.

“Kenyataan itu juga akan memperlahankan usaha buat warga emas divaksin selepas mendapat janji temu untuk menerima suntikan vaksin,” jelasnya lagi.Justeru, Ong menggesa agar Dr Noor untuk menjelaskan lebih lanjut kenyataan beliau agar dapat meraih semula keyakinan awam untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.

Jelasnya, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan harus berjalan lancar dalam memastikan kesejahteraan kesihatan dan ekonomi negara.

Astro Awani

Komen & Pendapat

Comments are closed.