Berita Hari Ini

Covid-19: Vaksin Boleh Elak Simptom Teruk Jika Dijangkiti Semula

Kuala Lumpur: Mereka yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masih boleh dijangkiti dengan penyakit berbahaya itu, namun kemungkinan untuk mendapat jangkitan yang teruk berkurangan.

Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia Dr M. Muralitharan berkata, oleh yang demikian, suntikan vaksin sudah semestinya lebih efektif dalam mengekang jangkitan, terutama bagi golongan berisiko tinggi.

“Kadar jangkitan mulai berkurangan (selepas suntikan), jadi risiko dijangkiti turun dengan ketara,” katanya dalam program Midday Update terbitan Bernama TV.

Dr Muralitharan antara anggota INFOVAX, komuniti siri pendidikan dan kesedaran berhubung vaksin Covid-19 yang dilaksanakan Malaysian Medical Association Public Health Society (MMA PHS).

Beliau berkata, risiko bagi mereka yang telah disuntik dengan vaksin Covid-19 untuk dijangkiti dengan penyakit itu adalah amat rendah, namun untuk menjangka mereka tidak akan langsung dijangkiti selepas suntikan adalah anggapan yang salah.

Berhubung vaksin, beliau turut menolak kebimbangan mengenai keberkesanan vaksin Sinovac susulan pelbagai maklumat tidak tepat yang tersebar, sebaliknya menekankan vaksin itu selamat.

Dr Muralitharan berkata, vaksin itu diluluskan berdasarkan kepada data diterbitkan yang menunjukkan bahawa ia selamat serta berkesan dalam menurunkan jangkitan Covid-19, dan data penemuan di seluruh dunia amat jelas mengenai perkara itu.

Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");