Berita Hari Ini

‘Dakwaan Hakim Kes SRC Najib Berat Sebelah Sama Sekali Tidak Berasas’

Mahkamah Rayuan hari ini dimaklumkan bahawa dakwaan bahawa hakim perbicaraan kes rasuah SRC International membabitkan Najib Razak adalah berat sebelah adalah “sama sekali tidak berasas”.

Timbalan pendakwa raya V Sithambaram berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Abdul Karim Abdul Jalil dalam prosiding rayuan Najib.

Sebelum ini, peguam pembelaan Najib mendakwa hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali berat sebelah kerana mendapati bekas perdana menteri itu bersalah atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah (CBT), dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana SRC.

Peguam Najib berpendapat bahawa Nazlan menunjukkan sikap berat sebelah kerana hakim perbicaraan didakwa menambah alasan lebih lanjut dalam keputusan prima facie yang memerintahkan tertuduh membela diri terhadap tujuh tuduhan itu.

Pada 10 Nov 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib untuk membela diri terhadap tujuh tuduhan itu, setelah hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Ketika itu, Nazlan telah memberikan penghakiman ringkas mengenai keputusan prima facie.

Berikutan sabitan dan hukuman Najib pada akhir kes pembelaan pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi kemudian memberikan alasan penuh penghakiman, yang merangkumi perincian mendalam berhubung keputusan hakim prima facie sebelum ini.

MalaysiaKini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");