Berita Hari Ini

‘Defisit Kepercayaan’ Terhadap Kerajaan Jejas Ekonomi

PETALING JAYA: Fokus kerajaan terhadap kelangsungan politik mewujudkan “defisit kepercayaan yang teruk” dan memberi impak terhadap pemulihan ekonomi, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim, yang juga bekas menteri kewangan, berkata amalan dua darjat, kurangnya kepercayaan rakyat dan ketaksuban “membeli” sokongan politik adalah antara punca utama masalah kewangan kerajaan.

Mengulas kenyataan Mustapa Mohamed bahawa Malaysia bukan satu-satunya negara yang berdepan defisit belanjawan yang besar akibat wabak, Lim berkata, menteri ekonomi itu “tidak jujur sepenuhnya” kerana gagal menyebut bahawa negara Asean lain tidak mengalami penurunan penarafan antarabangsa, seperti Malaysia.

Beliau juga mempersoalkan pemulihan perlahan negara daripada kemelesetan ekonomi dan kadar pengangguran belia yang tinggi, walaupun dengan pelbagai rangsangan ekonomi.

Berkenaan dakwaan bahawa beberapa pelajar sebuah kolej matrikulasi di Perak didenda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, Lim mengingatkan bahawa beberapa menteri yang melakukan kesalahan serupa terlepas daripada hukuman.

Kata beliau, tindakan mendenda menteri-menteri tersebut kerana melanggar SOP sepatutnya dijadikan contoh komitmen kerajaan terhadap memerangi wabak Covid-19.

“Hanya apabila kerajaan komited untuk menerapkan SOP secara tidak berat sebelah, dan tanpa rasa takut atau pilih kasih, barulah Malaysia dapat berjaya menghentikan lonjakan jangkitan Covid-19 sekarang,” kata beliau dalam kenyataan.

Awal hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata sedang menyiasat dakwaan kes beberapa pelajar di sebuah kolej matrikulasi di Perak yang didenda RM1,500 kerana melanggar SOP Covid-19.

Kejadian dipercayai berlaku di Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng semalam, di mana pegawai kementerian itu sedang menyiasat kes keracunan makanan di kafeteria sebelum mendenda pelajar kerana tidak memakai pelitup muka.

Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");