Berita Hari Ini

Hanya Jho Low ada jawapan mengapa duit masuk dalam akaun Najib – Peguam

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu hanya Low Taek Jho atau Jho Low sahaja yang dapat memberi jawapan kepada pertanyaan mengapa dana SRC International Sdn Bhd (SRC) sebanyak RM42 juta masuk ke dalam akauan peribadi Ambank Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peguam Najib, Harvinderjit Singh menyatakan demikian ketika disoal Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil mengapa jutaan ringgit boleh masuk ke akaun bekas Perdana Menteri itu.

Abdul Karim: Mengapa RM5 juta dan RM27 juta masuk dalam akaun Najib?

Harvinderjit: Hanya Jho Low dapat beritahu kita.

Tetapi kita juga boleh beritahu Yang Arif dana sebanyak RM27 juta yang dimasukkan dalam akaun Najib kerana menurut saksi Joanna Yu (Bekas Pengurus Perhubungan AmBank) jumlah baki dalam akaun itu sangat rendah.

Dalam pada itu Abdul Karim bertanya bagaimana Jho Low yang yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam SRC boleh memberi arahan kepada Joanna.

Harvinderjit berkata, Allayarham Datuk Azlin Alias tidak ada kena mengena sebaliknya ia datang daripada Jho Low.

Azlin yang merupakan bekas setiausaha sulit Najib meninggal dunia dalam tragedi nahas helikopter pada 2015.

Najib mengemukakan rayuan atas hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta.

Harvinderjit turut mempersoalkan bagaimana akaun Najib boleh dimanipulasi oleh Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil yang kini dikatakan berada di luar negara serta Jho Low dengan bantuan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M), Ung Su Ling, Terence (pegawai SRC) serta Joanna Yu.

Dana SRC yang dipindahkan sebanyak tiga peringkat iaitu RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta, didakwa dipindah daripada akaun SRC dan melalui beberapa akaun lagi sebelum masuk ke dalam akaun Najib.

Prosiding berlangsung di hadapan Abdul Karim dan dua panel hakim, Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera . – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");