Berita Hari Ini

Hari ke-7 prosiding rayuan Najib: Hujah pendakwaan bermula

Prosiding rayuan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masuk hari ke-7 hari ini.

Hari ini merupakan giliran pasukan pendakwaan untuk mengemukakan hujah balas yang dijangka berlangsung selama dua hari.

Ia selepas pasukan pembelaan Najib yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selesai menggulung hujah rayuan semalam.

Untuk rekod, pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah mendapati bekas Perdana Menteri berkenaan bersalah.

Beliau didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang milik SRC.

Antara yang disentuh dalam hujah Shafee adalah sikap Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dipersoalkan mempunyai keinginan untuk menyabitkan Najib dalam semua pertuduhan.

Prosiding berlangsung di hadapan tiga panel hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.-MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");