Jenayah

Isteri Meninggal Dunia Dirempuh Pemandu Lawan Arus

BUTTERWORTH: Wanita yang parah selepas kereta dinaiki bersama suami dan anaknya dirempuh pemandu yang melawan arus di Kilometer (KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam Rabu lalu , meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa, Goh Shei Yi, 31, meninggal dunia pada pukul 11 pagi selepas dua hari menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Selepas dua hari menerima rawatan, pihak polis dimaklumkan pihak HSJ bahawa wanita itu sudah meninggal dunia.

“Berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan kira-kira jam 2 petang tadi, punca kematian mangsa disebabkan mengalami pelbagai kecederaan dalaman ekoran impak kemalangan terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, wanita itu telah menjalani pembedahan di HSJ, manakala suami serta anaknya yang menerima rawatan di hospital sama dipindahkan ke sebuah hospital swasta di George Town.Noorzainy berkata, lelaki yang memandu melawan arus juga dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan berada di dalam wad ICU.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Suami isteri parah kereta dirempuh pemandu lawan arus

Pada 15 April lepas, wanita itu dan suaminya parah selepas kereta Toyota Corolla Altis mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain yang memandu secara melawan arus dari arah Bagan Ajam menghala Sungai Dua.

Kemalangan pada pukul 8.30 malam itu melibatkan tiga buah kenderaan iaitu kereta jenis Toyota Corolla Altis, Honda City dan sebuah motosikal.

Pemandu yang melawan arus dilaporkan cedera parah manakala penunggang dan pembonceng motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Astro Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");