Berita Hari Ini

Isu Rohingya Perlu Ditangani Dengan Teliti

KUALA LUMPUR: Isu Rohingya harus ditangani dengan teliti untuk mengelakkan kebanjiran lebih ramai pelarian ke Malaysia dan negara jiran, kata Menteri Luar, Hishammuddin Hussein.

“Di Malaysia, kami mempunyai 200,000 Rohingya … cuba anda bayangkan andai keadaan di Myanmar bertambah buruk dan lebih ramai yang akan datang ke negara kami.

Hishammuddin berkata beliau dan rakan dari ASEAN berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap isu yang melanda negara itu sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

“Daripada keseluruhan 80% pelarian dunia yang beragama Islam, Rohingya hanya mewakili 1% saja,” katanya ketika merasmikan mesyuarat ketua-ketua misi anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), semalam.

Sementara itu, mengenai peningkatan Islamofobia, Hishammuddin berkata ia telah mencetuskan kebimbangan apabila umat Islam menjadi sasaran fitnah dan prasangka buruk.

“Sesungguhnya, Islamofobia menjerat dunia dalam kitaran keganasan. Akibatnya mencetuskan kebencian berterusan,” katanya, sambil menambah banyak masalah dihadapi dunia Islam adalah berpunca daripada diri mereka sendiri.

Hishammuddin berkata ada tanggapan menyatakan keganasan dan ekstremisme global berkurangan kerana dibayangi Covid-19 memandangkan media lebih menumpukan kepada berita mengenai pandemik.

“Sejak setahun lalu, kita begitu sibuk dengan Covid-19 tetapi keganasan dan ekstremisme tidak pun kurang.

“Memang benar kita berjaya menangani dua gelombang serangan pengganas global sejak dua dekad lalu, tetapi kita tidak berjaya menangani akar umbinya,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata akses kepada vaksin adalah elemen hak asasi manusia yang harus dihormati, dilindungi dan dipenuhi serta tidak boleh wujud unsur diskriminasi.

“Malaysia percaya bahawa sesebuah negara tidak boleh mendiskriminasi orang yang sudah divaksin berdasarkan jenis vaksin yang mereka diterima,” katanya.

Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");