Berita Hari Ini

Kembalikan kehormatan pada gelaran Datuk

Sebuah persatuan untuk “Datuk” menggesa kerajaan negeri mengikut contoh Johor, Selangor, dan Pulau Pinang dalam menerapkan kriteria ketat ketika mengurniakan darjah kebesaran negeri.

Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) berkata pihaknya bimbang dengan laporan baru-baru ini yang membabitkan individu bergelar “Datuk” terlibat dalam kegiatan jenayah.

“Keputusan untuk mengurniakan gelaran adalah prerogatif sultan dan Yang Di-Pertua. Bukan semua orang boleh tentukan siapa sepatutnya atau tidak sepatutnya diberi gelaran,” kata jurucakap majlis itu kepada FMT.

Jurucakap itu bagaimanapun, berkata proses tapisan boleh diperketatkan bagi mereka yang dicalonkan untuk menerima gelaran Datuk.

Terdapat beberapa kategori pencalonan untuk darjah kehormat persekutuan dan negeri termasuk perkhidmatan awam, politik, sukan, NGO, kerja sosial. Pencalonan juga boleh datang dari istana raja dan pejabat Yang Di-Pertua.

“Sebaik saja nama dikemukakan, sebuah jawatankuasa di bawah jabatan protokol akan menapis calon. “Tetapi kriteria tidak sama untuk semua negeri, beberapa seperti Johor, Selangor, dan Pulau Pinang menjadi contoh dalam tapisan mereka,” katanya.

Jurucakap MDPM itu berkata ketiga-tiga negeri itu mempunyai kriteria yang ketat dan memeriksa latar belakang calon mereka termasuk sekiranya mereka mempunyai rekod jenayah dan kebankrapan.

Beliau juga mengusulkan pembentukan suatu mekanisme di mana gelaran seseorang ditarik semula apabila mereka membuat kesalahan jenayah dan menggunakan semua cara untuk membuktikan diri tidak bersalah.

“Mari kita kembalikan kehormatan dalam penghormatan (gelaran) kita,” katanya.

Presiden Persatuan Patriot Nasional (Patriot) Mohamed Arshad Raji berkata jumlah gelaran yang dianugerahkan setiap tahun sepatutnya diterhadkan.

“Terdapat banyak Datuk yang gelarannya hampir tidak bernilai.

“Dahulu, ia diberikan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan besar kepada masyarakat sehingga orang ramai tahu mengapa mereka layak mendapat gelaran tersebut. Sekarang kita baca orang yang bergelar Datuk ditangkap kerana jenayah dan rasuah. Kebanyakannya, tiada siapa tahu siapa orang-orang ini.”

Beliau berkata penasihat kepada sultan dan Yang Di-Pertua harus lebih proaktif dalam mengaudit mereka yang memegang gelaran supaya watak yang mencurigakan itu ditarik balik dari gelaran mereka.

Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Michael Chong berkata, beliau percaya situasi melibatkan Datuk yang mecurigakan akan bertambah baik selagi mana negeri lebih ketat mengenai soal kriteria dan malah menariknya semula.

“Penasihat kepada sultan dan Yang Di-Pertua perlu lebih proaktif dalam menasihati mereka mengenai perkara ini.”-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");