Jenayah

Kerana Mahu Elak Bayar Hutang, Sanggup Buat Laporan Palsu

Sungai Siput: Disebabkan mahu mengelak daripada membayar hutang ceti haram, seorang pekerja kontrak sanggup membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya diragut penunggang motosikal di pekan ini, 8 April lalu.

Tindakan itu bagaimanapun hanya mengundang padah apabila Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadapnya atas kesalahan berkenaan.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan memutuskan demikian selepas R Kumaran, 41, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Hukuman sama turut dikenakan ke atas pemandu lori, B Prasad Kumar, 33, yang mengaku membuat laporan polis palsu kononnya diragut bagi mengelak dikenakan denda tinggi selepas kad pengenalannya hilang.

Mahkamah memerintahkan mereka dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Kumaran didakwa sengaja memberi maklumat bertulis yang diketahui palsu dan menyebabkan seorang penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang untuk melakukan apa-apa perkara yang sepatutnya tidak dilakukan.

Kesalahan dilakukan di Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput di sini, pada 12 tengah hari, 8 April 2021.

Sementara Prasad dituduh memberi maklumat bertulis yang diketahui palsu bagi tujuan sama di lokasi serupa pada 2.40 pagi, 10 April 2021.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda boleh sampai RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jean Siow Chung Hwei, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");