Categories: Jenayah

Kerana Mahu Elak Bayar Hutang, Sanggup Buat Laporan Palsu

Sungai Siput: Disebabkan mahu mengelak daripada membayar hutang ceti haram, seorang pekerja kontrak sanggup membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya diragut penunggang motosikal di pekan ini, 8 April lalu.

Tindakan itu bagaimanapun hanya mengundang padah apabila Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadapnya atas kesalahan berkenaan.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan memutuskan demikian selepas R Kumaran, 41, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Hukuman sama turut dikenakan ke atas pemandu lori, B Prasad Kumar, 33, yang mengaku membuat laporan polis palsu kononnya diragut bagi mengelak dikenakan denda tinggi selepas kad pengenalannya hilang.

Mahkamah memerintahkan mereka dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Kumaran didakwa sengaja memberi maklumat bertulis yang diketahui palsu dan menyebabkan seorang penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang untuk melakukan apa-apa perkara yang sepatutnya tidak dilakukan.

Kesalahan dilakukan di Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput di sini, pada 12 tengah hari, 8 April 2021.

Sementara Prasad dituduh memberi maklumat bertulis yang diketahui palsu bagi tujuan sama di lokasi serupa pada 2.40 pagi, 10 April 2021.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda boleh sampai RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jean Siow Chung Hwei, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Harian Metro

Komen & Pendapat
Leave a Comment
Share

Recent Posts

Pemandu Hilang, Treler Masuk Tasik

Gua Musang: Pemandu hilang selepas treler dipandunya terjunam ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan…

3 weeks ago

Pelajar Tahfiz Cedera Tercucuk Kepala Paip Besi Pada Perut

MELAKA: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas tercucuk kepala paip besi…

3 weeks ago

COVID-19: PM Nafi K’jaan Tak Bersungguh Tangani Pandemik

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam memerangi pandemik COVID-19…

3 weeks ago

Bersatu Selangor Bantu Mulakan Saman Ganti Rugi Kes Pukul Pengawal Peribadi

SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Selangor akan membantu dua pengawal peribadi yang mendakwa dipukul oleh…

3 weeks ago

Lebih 3,000 Kes Menjelang Hari Raya Jika SOP Diabai – Ramalan KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) meramalkan keadaan penularan Covid-19 di Malaysia akan terus memburuk kepada 3,000 kes…

3 weeks ago

Rekaan Satira #DengkiKe, Fahmi Reza Ditahan Polis

Aktivis dan pereka bentuk bebas Fahmi Reza ditahan polis di rumahnya petang tadi. Peguam Fahmi,…

3 weeks ago