Berita Hari Ini

Kes Harian Kekal Lebih 2,000

PUTRAJAYA – Kes harian negara kekal merekodkan angka melebihi 2,000 dengan 2,331 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 372,859 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor melaporkan kes tertinggi sebanyak 751 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 512 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 252 kes.

“Seterusnya, Kelantan (225 kes), Sabah (163 kes), Pulau Pinang (116 kes), Johor (100 kes), Negeri Sembilan (89 kes), Kedah ( 45 kes), Perak (42 kes) dan Pahang (20 kes).

“Negeri lain ialah Melaka (sembilan kes), Putrajaya (empat kes), Labuan (dua kes) dan Perlis (satu kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.

Ujarnya lagi, tiada kes baharu dilaporkan di Terengganu hari ini. -K!ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");