Isu Panas

Ketua Polis Kajang Nafi Anggota Meninggal Akibat Komplikasi Dos Kedua Vaksin

PUTRAJAYA: Kematian seorang anggota polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang bukan disebabkan komplikasi selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19, menurut Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan.

Dalam menafikan dakwaan tersebut, beliau berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat daripada Jabatan Forensik Hospital Kajang.

“Maklumat yang tular hari ini di laman media sosial Facebook dan melalui aplikasi WhatsApp kononnya (kematian anggota berkenaan) akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin covid-19 adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak kami sedang menyiasat berita palsu ini dan saya menyarankan kepada semua di luar sana agar tidak membuat spekulasi yang boleh meresahkan orang ramai,” kata beliau kepada FMT hari ini.

Tular di media sosial hari ni dakwaan bahawa seorang anggota polis berusia 42 tahun berpangkat koperal daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang meninggal dunia di wad Hospital Kajang kira-kira 4.40 pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.

Menurut mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, anggota berkenaan menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 pada Rabu.

Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");