Berita Hari Ini

KPM Usaha Semua Guru Terima Vaksin Fasa Kedua

Ipoh: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang berusaha untuk memastikan lebih 500,000 guru di seluruh negara disenaraikan sebagai penerima vaksin Covid-19 bagi fasa kedua.

Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, sebanyak 10 peratus daripada jumlah guru itu sudah menerima suntikan vaksin pada fasa pertama ketika ini.

“Sekarang KPM tengah berusaha agar semua guru dimasukkan sebagai penerima pada fasa kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis menyerahkan sumbangan untuk lukisan karya Master Cheng Shaoru’s di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yuk Choy di sini, hari ini.

Dr Mah berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan jawatankuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita sedang berusaha, ini belum menjadi satu ketetapan lagi kerana kita kena mendapat persetujuan yang ditentukan oleh jawatankuasa Mosti dan KKM,” katanya.

Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");