Berita Hari Ini

Lanjut kontrak KPN untuk bersih nama pasukan polis, Gerakan gesa PM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin digesa Naib Presiden Gerakan Baljit Singh untuk melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador bagi memberinya masa membersihkan nama pasukan itu.

Kontrak dua tahun Hamid dijadualkan tamat pada 3 Mei, selepas dilantik pada 2019.

Baljit berkata Hamid memerlukan lebih banyak masa untuk menangani rasuah dan “kartel” dalam pasukan tersebut, menyeru kontrak itu dilanjutkan “satu atau dua tahun lagi”.

Beliau turut menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat rasuah dalam polis dan menyeru pasukan petugas khas bebas ditubuh yang bertujuan membersihkan pasukan itu.

“Saya harap kerajaan ambil perhatian terhadap pendedahan serius yang didedahkan Hamid mengenai apa yang sedang berlaku dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM),” katanya dalam catatan Facebook.

Bulan lalu, Hamid mendedahkan kewujudan sekumpulan pegawai polis lebih muda yang membentuk sebuah kartel bagi mendominasi pasukan polis dan menjatuhkan beliau.

Katanya, kartel itu memastikan rakan kongsi mereka dinaikkan pangkat untuk mendominasi hierarki polis, yang akan memudahkan “kerja kotor” mereka.

Walaupun terdapat tuntutan supaya SPRM terlibat dan suruhanjaya siasatan diraja digesa untuk menyiasat masalah itu, Hamid berulang kali menegaskan isu itu terkawal.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");