Isu Panas

Lelaki Dipercayai Dalang Pembikinan Dua Video Judi Raya Diburu Polis

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai dalang di sebalik pembikinan dua video judi raya secara dalam talian yang tular di media sosial sejak semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, lelaki berusia 35 tahun itu dikehendaki kerana terlibat dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian.

“Terbaru, kita telah menahan seorang suspek yang kita percaya boleh membantu siasatan dalam kes tersebut (video pertama).

“Kita ada maklumat seorang lelaki bernama Loh Kee Hoe berumur 35 tahun, kita percaya boleh membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di IPD Dang Wangi pada Sabtu.

Mengulas lanjut, jelas Mohamad Zainal, daripada lapan individu yang ditahan sebelum ini, dua individu akan direman bermula esok.

“Daripada lapan (individu) kita tahan, dua orang kita reman 17 sehingga 21 April depan, manakala enam orang lagi kita tidak dapat tahan reman kerana ditolak oleh Majistret.

“Mereka ini hanyalah pelakon, mereka berikan kerjasama dan peguam mereka berjanji untuk beri kerjasama apabila diperlukan,” katanya lagi.

Dua individu itu, tambah Mohamad Zainal, ialah penerbit dan jurukamera yang dipercayai terlibat dalam pembikinan video pertama judi raya yang tular sejak semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) dan Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Astro Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");