Isu Panas

Lembaga Pengarah SRC Hanyalah Boneka, Najib adalah Tok Dalang

Mahkamah Rayuan hari ini dimaklumkan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak adalah tok dalang manakala lembaga pengarah SRC International pula adalah ibarat boneka.

Perumpamaan itu dibuat oleh timbalan pendakwa raya V Sithambaram ketika memberi keterangan mengenai Najib, yang pada satu ketika adalah menteri kewangan dan penasihat kepada SRC, entiti milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc).

Sithambaram berkata demikian ketika pendengaran rayuan Najib untuk mengketepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Dia berhujah dalam konteks sabitan Najib terhadap tiga jenayah pecah amanah (CBT) berkaitan dana RM42 juta daripada SRC.

“Perayu (Najib) adalah ‘tok dalang’ SRC. Definisi undang-undang seorang pengarah tidak didefinisikan dalam Seksyen 402A PC (Kanun Keseksaan) bukan hanya kerana pelantikan rasmi yang diberikan kepadanya tetapi juga dengan cara di mana peranan dimainkan sebagai pengendali dalam operasi syarikat,” katanya.

Sithambaram selanjutnya berhujah tingkah laku perayu dalam mengeluarkan banyak arahan pemegang saham sesuai dengan keterangan bahawa Najib adalah “dalang yang berkuasa mutlak terhadap boneka (Lembaga Pengarah).”

Kata pendakwaan lagi, BOD SRC ini diletakkan sendiri oleh Najib ketika dia melantik semua anggota lembaga pengarah SRC, “yang tidak dapat bergerak selain apa yang diarahkahnnya.”

“Beberapa ilustrasi tindakan perayu yang menunjukkan penguasaannya terhadap BOD SRC dapat dilihat dalam banyak dokumen,” kata Sithambaram di hadapan sidang tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini.

Dia mendakwa Najib memanfaatkan pengaruh besarnya terhadap SRC semata-mata demi kepentingan peribadinya dan bukan untuk syarikat itu.

Sidang hakim hari ini diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman kepada Najib atas satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa, tiga jenayah pecah amanah dan tiga kesalahan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana RM42 juta daripada SRC.

Hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib.

Pun begitu, mahkamah tinggi membenarkan penangguhan hukuman terhadap Naib sementara menunggu permohonannya di Mahkamah Rayuan.

SRC, yang dulunya merupakan anak syarikat pelaburan negara, 1MDB, kemudian menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Selain menjadi perdana menteri ketika itu, Najib juga dalam masa yang sama merupakan menteri kewangan, penasihat emeritus SRC dan ketua lembaga penasihat 1MDB.

MalaysiaKini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");