Jenayah

Merempit Lagi…Kan Dah Mendapat!

Klang: Sengaja undang maut. Itu tindakan beberapa penunggang motosikal dipercayai berlumba di Persimpangan Lampu Isyarat Komplek Sukan Pandamaran, Jalan Persiaran Raja Muda Musa, di sini, awal pagi semalam sebelum terbabit dalam kemalangan.

Satu video berdurasi 15 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan individu yang merakam situasi ketika kejadian ada menyebut ‘rempit..rempit malam minggu’.

Selain itu, satu lagi video berdurasi 9 saat tular memaparkan penunggang motosikal terbabit dalam keadaan terbaring dan ada antara mereka yang parah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan jalan raya di Persimpangan Lampu Isyarat Kompleks Sukan Pandamaran-Kampung Raja Uda yang berlaku jam 3.30 pagi.

“Kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu dua motosikal dan sebuah kereta. Penunggang motosikal pertama yang berusia 24 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan, kini masih mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Penunggang motosikal kedua yang berumur 18 tahun pula patah paha kanan. Manakala pemandu kereta berusia 22 tahun juga mengalami patah paha kanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shamsul Amar berkata, polis masih mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan kes kemalangan terbabit.

Katanya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");