Isu Panas

Orang Melayu Mula Marah Kepada Istana – Mahathir

Orang Melayu mula menunjukkan rasa marah kepada istana gara-gara pelaksanaan darurat di negara ini, kata Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas perdana menteri itu, orang Melayu menzahirkan rasa marah di media sosial kerana menderita akibat pelaksanaan darurat, yang diwartakan selepas Yang di-Pertuan Agong mendapat nasihat daripada perdana menteri.

Katanya, kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin menyampaikan maklumat yang tidak cukup kepada Seri Paduka sehingga membawa kepada pengisytiharan itu, sedangkan Yang di-Pertuan Agong merupakan pihak yang menjadi sasaran kemarahan rakyat terhadap tindakan kerajaan.

“Segalanya diletak di bahu Agong (seolah-olah) apa jua tindakan dikatakan atas arahan Agong.

“[…] Orang Melayu biasa tak derhaka pada raja. Tapi sekarang ni terpaksa sampaikan pada setiausaha sulit (kepada Yang di-Pertuan Agong) bahawa orang Melayu mula rasa marah pada raja.

“Kita dapat ikuti dalam media sosial.

“Ini sangat tidak biasa untuk orang Melayu menentang pemerintah kami.

“Agak ramai orang Melayu marah sekarang, kerana mereka menderita akibat darurat ini,” katanya.

Dia berkata demikian pada sidang media Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, di hadapan pintu pagar Istana Negara hari ini.

Dr Mahathir bersama pengerusi jawatakuasa itu Khalid Samad dan Presiden Amanah Mohamad Sabu masuk ke istana pada jam 3.15 petang untuk memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memperkenankan penamatan darurat, dan keluar setengah jam kemudian. 

MalaysiaKini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");