Sukan Hari Ini

Ampadu Diterjah Keras, Giggs Naik Angin

PENGURUS Wales, Ryan Giggs berang dengan terjahan keras pemain Denmark, Kasper Dolberg ke atas pemain mudanya, Ethan Ampadu dalam aksi Liga Juara-juara UEFA yang berkesudahan Wales tewas 1-2.

Insiden yang berlaku di separuh masa kedua itu mewujudkan suasana tegang di tengah dan tepi padang dengan Giggs turut dilihat bertikam lidah dengan pengurus Denmark, Age Hareide.

“Itu terjahan yang buruk dan memalukan. Mereka cuba mencederakan seorang pemain muda yang baru memasuki usia 18 tahun dan pernah patah kaki di usia 17 tahun.

“Apa yang saya lakukan pada waktu itu (reaksi marah) bukannya mahu menambah ketegangan, tetapi saya mahu lihat apa yang berlaku. Melihat tiada insiden pergaduhan atau tolak menolak, ia membuatkan saya bangga dengan pemain,” katanya.

Mengulas kekalahan itu, Giggs berkata ia tidak sepatutnya terjadi, namun beliau sama sekali tidak menyalahkan pemain.

“Mereka boleh banyak belajar daripada kekalahan ini. Pengalaman berharga untuk pemain muda ini akan menjadikan mereka lebih baik di masa akan datang,” katanya lagi.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");