Panasnya Hari Ini

Perintah tahanan tidak guna nama gazet Muhyiddin memalukan

Susulan pembatalan perintah tahanan yang tidak menggunakan nama gazet Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sememangnya ianya satu perkara yang memalukan kerana diakibatkan kecuaian pihak ataupun pegawai yang melaksanakan tugas.

Peguam Haniff Khatri berkata, pegawai yang sepatutnya perlu tahu dan peka kepada kesemua perkara prosedur yang berkaitan, supaya bukan sahaja menteri atau pegawai berkenaan tidak menanggung malu, yang lebih penting perintah seperti perintah tahanan itu tidak menjadi sia-sia begitu sahaja.

“Dalam sistem perundangan, apa yang berlaku ini bukannya satu perkara yang pelik, tetapi sememangnya ianya satu perkara yang memalukan kerana diakibatkan kecuaian,” katanya.

Semalam Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan perintah penahanan yang ditandatangani Muhyiddin Yassin tahun lalu yang ketika itu merupakan menteri dalam negeri kerana tidak menggunakan nama dalam kad pengenalan (MyKad), Mahiaddin Md Yasin.

“Undang-undang jenayah tahanan tanpa bicara perlukan pematuhan tegas kepada setiap keperluan prosedur dipatuhi oleh pihak penguatkuasa sampaikan titik (.) ataupun koma (,) yang diperlukan pada mana-mana dokumen pun harus diikuti dengan ketat, supaya Perintah Tahanan seperti itu tidak tercabar,” katanya lagi.

Tegasnya, mana-mana individu yang diberi kuasa di bawah mana-mana peruntukan Undang-undang Tahanan berkenaan, harus keluarkan Perintah berkenaan dengan penggunaan nama, butiran dan pangkat yang dikenali di sisi undang-undang, yakni nama, butiran dan pangkat yang digazet menurut peruntukan undang-undang yang berkaitan.

“Hatta, nama mana-mana menteri atau pegawai yang digazet adalah nama yang sah di sisi undang-undang atau yang dikenali di sisi undang-undang untuk digunakapakai bagi tujuan perintah tahanan ataupun dokumen berkaitan, sekiranya tidak, kegagalan itu sendiri boleh akibatkan Perintah ataupun dokumen berkenaan menjadi tidak sah bila ianya dicabar di medan mahkamah,”ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, ini tidak bermakna kesemua urusan rasmi Muhyiddin Yaasin sama ada semasa berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri bersama Kerajaan BN, ataupun semasa berjawatan Menteri Dalam Negeri bersama Kerajaan Pakatan Harapan, ataupun semasa berjawatan sebagai Perdana Menteri bersama Kerajaan PN dengan menggunakan nama yang selain dari yang digazet akan menjadi tidak sah juga, kerana ianya tertakluk kepada jenis dokumen, jenis subjek perkara dan jenis peruntukan perundangan yang berkaitan.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");