Berita Hari Ini

Polis Masih Luluskan Rentas Negeri Hujung Minggu

KUALA LUMPUR: Tindakan mengetatkan kelulusan rentas negeri oleh polis dari Jumaat hingga Ahad adalah menyasarkan golongan yang mahu balik kampung atau menghadiri kenduri dan majlis perayaan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, polis juga bersetuju bahawa orang ramai yang mempunyai surat daripada syarikat, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, doktor dan institusi pendidikan boleh merentas negeri.

“Mereka yang mempunyai surat ini tidak perlu memohon surat daripada polis dan arahan ini masih berkesan,” katanya kepada Sinchew Daily.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar berkata, orang ramai yang mempunyai surat sah masih dibenarkan merentas negeri pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Jika dibekalkan surat majikan dan tujuannya adalah untuk bekerja, maka polis masih akan membenarkan pergerakan mereka.

“Rentas negeri juga dibenarkan untuk urusan kecemasan dan majlis pengebumian,” katanya.

Menurutnya, polis bagaimanapun akan menghalang orang yang menggunakan ‘alasan kerja’ untuk menghadiri kenduri atau aktiviti sosial lain.

MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");