Jenayah

Polis Tahan 2 Pemandu Mabuk

BUTTERWORTH: Polis menahan dua lelaki yang memandu kereta dalam keadaan mabuk ketika mengadakan Op Mabuk di Jalan Chain Ferry, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi berakhir jam 6 pagi itu, kedua-dua lelaki masing-masing berusia 35 dan 37 tahun itu memandu kereta jenis PERODUA Myvi serta Toyota Vios dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata pemeriksaan lanjut ke atas lelaki terbabit mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

“Ujian saringan awal dengan alat SD2+ mendapati kedua-dua lelaki itu positif dan mereka dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Seberang Perai Utara untuk ujian pernafasan dengan alat EBA-II.

“Hasil ujian itu turut mendapati mereka positif apabila minum alkohol melebihi had ditetapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis memandang serius kesalahan memandu dalam keadaan mabuk kerana bukan saja berbahaya pada diri sendiri, malah juga kepada pengguna jalan raya lain.

“Jadi, operasi membanteras pemandu mabuk akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");