Jenayah

Polis Tahan Pasangan Kekasih Bersama Dadah Lebih RM16,000

MELAKA: Polis menahan seorang lelaki dan teman wanitanya berusia 16 tahun bersama dadah bernilai lebih RM16,000 di kawasan hutan belukar di Lorong Paya Sum, Sungai Udang, di sini, awal pagi tadi.

Pasangan kekasih itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Melaka Tengah kira- kira jam 6.10 pagi ketika kedua-duanya dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk mendapatkan bekalan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Superintendan Zulkiflee Rashid, berkata hasil pemeriksaan dilakukan menjumpai satu bekas bertutup warna kelabu yang didalamnya terdapat paket plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah.

“Lapan paket dipercayai dadah jenis heroin dan 17 paket disyaki dadah syabu yang berat semuanya lebih 200 gram dengan anggaran harga bernilai RM16,300,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah.

“Semakan juga mendapati suspek lelaki berusia 46 tahun dan berstatus duda itu mempunyai 11 rekod lampau membabitkan kesalahan dadah, tetapi remaja perempuan itu tiada kesalahan lampau.

“Remaja perempuan yang tidak bersekolah itu disyaki digunakan suspek lelaki untuk mengedar dadah dan dikatakan aktif sejak sebulan lalu,” katanya.

Zulkiflee berkata, selain dadah turut dirampas sebuah motosikal Yamaha 135LC.

“Kedua- dua mereka kini direman tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.

– New Straits Times Press (M) Bhd

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");