Berita Hari Ini

‘Ramai bawa agama lebai, bukan agama Nabi Muhammad’

Sejak Pas bersama Perikatan Nasional (PN) merampas kuasa pentadbiran negara tahun lalu, kerajaan Melayu Islam gagal dijelmakan biarpun sudah setahun gabungan itu memerintah atas nama penyatuan Melayu.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, apa yang ada hanyalah sekumpulan individu yang menganut agama lebai dan bukannya agama yang dibawa Nabi Muhammad.

Kerana itu katanya, Malaysia banyak ketinggalan terutama dalam menegakkan keadilan sosial dalam negara kerana pemimpin parti Islam sendiri leka berbincang tentang harta.

“Kita lihat majlis syura sebuah parti itu bukan bincang soal bagaimana nak wujudkan keadilan sosial, (tetapi) bincang pasal beli kereta.

“Di mana dia kata nak menonjolkan keadilan sosial yang diutarakan oleh Islam? Bagi saya mereka tak ikut apa yang disarankan oleh Islam itu.

“Kerana itu keadilan sosial di negara orang Islam ‘out’. Bukan kerana ajaran islam, tetapi kerana lebai-lebai ini menyelewengkan agama,” katanya dalam siaran langsung Bicara Presiden di Facebook Parti Amanah Negara malam tadi.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Parit Raja itu berkata, anak muda yang akan mewarisi negara kelak perlu memperjuangkan keadilan sosial bermula dari sekarang terutama jurang antara masyarakat kaya dan miskin yang dilihat begitu ketara di dunia-dunia Islam.

Beliau turut menyeru agar pengundi muda akan terus mempertahankan sistem demokrasi negara yang telah dirosakkan sekumpulan pengkhianat yang berada di dalam kerajaan ketika ini.

“Saya menyeru pada pilihan raya umum akan datang nanti anak muda yang dah daftar mengundi janganlah kamu merajuk.

“Nyahkan pengkhianat ini kerana sistem negara dikhianat dengan cara rampasan kuasa yaang tidak melalui pilihanraya.

“Keluarlah mengundi. Bina masa depan Malaysia untuk kamu dan generasi akan datang sebab kehancuran ini berlaku secara tidak dijangka,” katanya lagi.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");