Isu Panas

Rekaan Satira #DengkiKe, Fahmi Reza Ditahan Polis

Aktivis dan pereka bentuk bebas Fahmi Reza ditahan polis di rumahnya petang tadi.

Peguam Fahmi, Yohendra Nadarajan, memberitahu Malaysiakini tangkapan dibuat kira-kira jam 7 petang dan dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wang.

Katanya dia dimaklumkan tangkapan ke atas Fahmi dibuat ada kaitan dengan hantaran dibuat aktivis terbabit mengenai Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Difahamkan selain disiasat mengikut Akta Hasutan, Fahmi juga berdepan dengan peruntukan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Memang sering menarik perhatian ramai dengan siri rekaan satira serta kritikal terhadap kerajaan serta ahli politik, Fahmi baru-baru ini menghasilkan karya dalam isu sohor kini #DengkiKe.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan tangkapan ke atas Fahmi.

Dia juga berkata setakat ini Fahmi ditahan di IPD Dang Wangi namun siasatan dijalankan oleh pegawai Bukit Aman.

MalaysiaKini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");