Sukan Hari Ini

Saya Bangga Menjadi Seorang Muslim – Ozil

Bekas pemain utama Arsenal dan skuad kebangsaan Jerman yang kini beraksi bersama kelab Turki Fenerbahce SK menegaskan bahawa dia gembira dengan apa yang dilakukannya kerana akan mendekatkan diri dengan Allah.

Pemain itu baru-baru ini melancarkan produk terbaru iaitu baju panas M10 satu daripada koleksi Ramadan berkata: “Saya bersyukur kerana setiap percubaan yang dilakukan mendorong saya lebih dekat kepada Allah!” kata Ozil.

Seperti yang sedia maklum, Ozil di antara beberapa pemain Muslim yang lain membuat keputusan untuk tidak berpuasa semasa Piala Dunia 2014 atas tanggungjawab terhadap kerjayanya yang boleh menjejaskan kesihatan.

Begitupun Ozil tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam dan menegaskan bahawa dia amat berbangga menjadi seorang Muslim.

Ungkapan itu di muat naik dalam laman sosialnya yang berlatar belakang Masjid Ibn Tulun di Kairo, Mesir mendapat lebih dari satu juta tanda suka.

“Saya dulu seorang Muslim. Saya sekarang seorang Muslim. Saya akan terus menjadi seorang Muslim. Saya akan mati Insya-Allah sebagai seorang Muslim dan saya bangga menjadi seorang Muslim,” kata Ozil.

Sementara itu, bintang bola sepak Jerman menyambut Ramadan tahun ini dengan melancarkan koleksi terbaru keluarannya.

Koleksi berkenaan adalah baju-t, hoodie dan topi yang bertulis “Ramadan Mubarak.”

“Bersiap untuk bulan suci Ramadan, koleksi baru @m10streetwear,” tulis pemain Fenerbahce dalam Instagram sambil mengenakan produk fesyen miliknya.

Ozil turut mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada 24 juta pengikutnya di Instagram dengan dengan latar belakang Kaabah.

“Ramadan Mubarak untuk semua saudara saudari Muslim saya di seluruh dunia,” tulis @MesutOzil1088.

Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");