Berita Hari Ini

Sekolah Ditutup Dua Hari Jika Ada Satu Kes COVID-19

KUALA LUMPUR : Sekolah yang mempunyai satu kes COVID-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari, ujar Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Keputusan itu berkuat kuasa pada Rabu.

Memetik laporan Sin Chew Daily, Dr Hang Soon menjelaskan, pelajar yang terjejas dengan penutupan sekolah berkenaan akan beralih ke pembelajaran dalam talian sehingga kelas fizikal disambung semula.

“Keputusan yang berkuat kuasa Rabu itu akan memberi kuasa kepada pihak sekolah untuk mengeluarkan notis memaklumkan ibu bapa mengenai penutupan sekolah apabila terdapat kes positif COVID-19,” katanya pada Rabu.

Dr Hang Soon berkata, keputusan penutupan sekolah selama dua hari itu turut bertujuan mengelak penularan kluster COVID-19 di sekolah.

“Ini akan membolehkan sekolah menjalani sanitasi secara menyeluruh sementara ibu bapa, pelajar dan guru dapat meluangkan masa untuk menenangkan diri dan mengelakkan kebimbangan atau ketakutan yang tidak wajar,” ujarnya.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat menteri peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pada Rabu.

Pejabatnya juga telah melakukan perbincangan bersama dengan Persatuan Guru Sekolah Cina Bersatu (Jiao Zong), Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong), Majlis Bahasa Cina Malaysia, Kesatuan Ketua Sekolah Kebangsaan dan beberapa kumpulan ibu bapa bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan.

Mengulas lanjut, Dr Hang Soon memaklumkan bahawa selama penutupan dua hari itu, pegawai kesihatan daerah akan melakukan tinjauan risiko di sekolah yang terjejas bagi menentukan sama ada penutupan itu harus diperpanjang atau ditamatkan setelah dua hari.

“Pejabat kesihatan daerah juga akan menguruskan guru dan pelajar yang memerlukan ujian COVID-19 untuk melakukannya,” ujarnya.Tambahnya, keputusan tersebut akan turut dinilai semula oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sebarang kemas kini penutupan sekolah akan dimuktamadkan oleh MKN dan diumumkan kemudian,” jelas beliau.

Astro Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");