Jenayah

Serbuan Kes Geng Nicky Ikut SOP – Ayob Khan

JOHOR BAHRU: Polis Johor menegaskan serbuan bagi kumpulan jenayah terancang Geng Nicky menerusi Ops Pelican 3.0 di Trigon Residence Setiawalk, Puchong, mengikut prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata ia mengikut peruntukan undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Katanya, seramai 220 pegawai dan anggota pelbagai jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Pasukan Gerakan Am Batalion 4, Cheras, menjalankan operasi itu di sekitar Lembah Klang dan Selangor, pada 20 dan 21 Mac lalu.

“Sebanyak 45 daripada 70 serbuan yang dilaksanakan membabitkan unit kondominium di Trigon Residence Setiawalk, Puchong.

“Dalam serbuan itu, beberapa unit kondominium dimasuki dengan cara memecahkan tombol pintu sebelum digeledah.

“Penggeledahan unit dibuat berdasarkan maklumat risikan dan atas sebab munasabah bagi mengesyaki suspek bersembunyi serta dokumen dan harta terbabit disimpan atau disembunyikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab luahan beberapa penduduk berkaitan kerosakan yang berlaku di kediaman mereka ketika serbuan Ops Pelican 3.0 seperti dilaporkan media, baru-baru ini.

Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");