Berita Hari Ini

Suami Terjun Jambatan Pulau Pinang Selamatkan Isteri

SEBERANG PERAI – Seorang wanita dipercayai mengalami kemurungan nyaris mati lemas selepas bertindak terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 1.0 arah pulau dekat sini hari ini.Wanita berusia 40-an itu bagaimanapun terselamat apabila suaminya yang turut berada di lokasi kejadian terjun bagi menyelamatkannya yang terkapai-kapai di dalam laut.Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.40 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai bergegas ke lokasi.“Ketika bomba tiba, terdapat seorang wanita yang terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang.“Mangsa sebelum itu telah diselamatkan dan dibawa oleh suaminya ke tiang jambatan nombor 107 sebelum jentera bomba tiba,” katanya kepada pemberita hari ini.Jurucakap itu berkata, pihaknya telah turun ke bawah dengan menggunakan kaedah ‘rappelling’ untuk memujuk dan menenangkan mangsa.“Mangsa yang selamat kemudiannya berjaya dibawa naik melalui Pangkalan Polis Marin, Batu Uban,” katanya.

KOSMO! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");