Membawang Hari Ini

Sudah Divaksin Pun SOP Tetap Kena Patuh, Kata Noor Hisham

Empat puluh pegawai kesihatan dijangkiti Covid-19 walaupun telah divaksinasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sembilan daripada mereka, katanya, adalah individu yang dikesan positif dua minggu selepas mendapatkan dos kedua dan dianggap mendapat vaksinasi penuh.

Justeru kata Noor Hisham ia menunjukkan walaupun vaksin memberikan harapan untuk memerangi Covid-19, tidak bermaksud langkah-langkah kesihatan awam untuk mengekang penyebaran penyakit itu dapat dilonggarkan.

“Jelas bahawa kita masih boleh dijangkiti setelah selesai vaksinasi tetapi tahapnya mungkin kurang serius.

“Tidak ada yang selamat sehingga semua orang selamat. Harap terus mematuhi semua langkah kesihatan awam,” katanya dalam catatan Facebook pagi ini.

Menurut carta yang dikongsi Noor Hisham, sebanyak 426 pegawai kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangkiti Covid-19 antara 7 Mac hingga 15 April.

Daripada jumlah tersebut, 244 (57 peratus) belum diberi vaksin, dan 142 (34 peratus) baru mendapat dos pertama vaksin mereka manakala 31 lagi (tujuh peratus) menerima dos kedua tetapi diuji positif dalam tempoh 14 hari atau kurang.

Ia bermaksud pegawai kesihatan yang positif mungkin tidak mempunyai waktu untuk menghidupkan imuniti terhadap penyakit berkenaan dengan potensi penuh vaksin.Kurang dari 2 peratus

Sementara itu, sembilan pegawai kesihatan (dua peratus) diuji positif lebih dari 14 hari setelah menerima dos kedua.

“Yang penting, semua (staf kesihatan yang diberi vaksin) tidak mempunyai gejala teruk,” tambah Noor Hisham.

Untuk rekod, kes-kes seperti itu juga telah dilaporkan di luar negara bahkan dalam ujian klinikal semua vaksin Covid-19 yang dikaji setakat ini.

Malaysia tidak memiliki garis panduan tersendiri bagi orang yang divaksinasi walaupun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membayangkan kemungkinan untuk melonggarkan sekatan perjalanan kepada orang yang sudah melengkapkan proses berkenaan.

Pada masa ini, Malaysia masih dalam fasa pertama program vaksinasi yang mengutamakan barisan hadapan, wakil rakyat, atlet kebangsaan, dan barisan hadapan yang lain.

Fasa kedua pula mendahulukan baki barisan hadapan, warga emas dan orang dengan penyakit kronik atau kurang upaya. Ia bermula Isnin ini.

Dua vaksin Covid-19 yang digunakan di Malaysia ialah Comfirat Pfizer-BioNTech dan CoronaVac Sinovac. Vaksin AstraZeneca juga diluluskan tetapi belum dihantar ke negara ini.

Sehingga 15 April, seramai 671,589 orang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sementara 434,301 orang lagi telah menerima dos kedua.

Ia kurang daripada dua peratus populasi Malaysia walaupun program vaksinasi diharapkan dapat meningkat setelah lebih banyak vaksin dihantar ke negara ini pada awal bulan Jun.

Malaysia menyasar sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat divaksinasi sebelum akhir tahun ini selepas perdana menteri mengumumkan tambahan RM2 bilion bagi program imunisasi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata matlamat itu dapat dicapai sebelum akhir tahun ini jika persediaan vaksin dihantar mengikut jadual dan lebih banyak orang mendaftar.

MalaysiaKini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");