Jenayah

Tahan Dua Warga Emas Cuba Edar Rokok Seludup

Batu Pahat: Dua warga emas dipercayai konco sindiket penyeludupan rokok tidak sempat mengedar bekalan itu ke kedai runcit di sekitar sini apabila ditahan penguat kuasa di Jalan Abu Bakar di sini, semalam.

Suspek berusia 65 dan 66 tahun itu ditahan sepasukan anggota Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam dalam Op Kontraban pada jam 4.00 petang.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika sedang memunggah 250 karton rokok seludup yang dipercayai tiada cukai.

“Turut dirampas dua kereta jenis Toyota Camry dan Proton Saga yang digunakan sindiket itu. Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM94,000,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dimin berkata, kedua-dua suspek disyaki menjadi pengedar kepada kedai runcit yang tidak berlesen di sini.

“Mereka ditahan dan semua barangan dirampas mengikut Akta Kastam 1967, yang kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");