Berita Hari Ini

Tahanan Cetus Kluster Baharu Di Sandakan

KOTA KINABALU: Seorang tahanan yang dijangkiti COVID-19 mencetuskan satu lagi kluster baharu di Sabah, semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kluster baharu yang dikesan itu membabitkan daerah Sandakan, sekali gus menjadikan daerah berkenaan merekodkan jumlah kes paling tinggi semalam iaitu sebanyak 57 kes.

“Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster DTI di Sandakan membabitkan tahanan yang menjalani saringan tahanan pada 12 April lalu.

“Saringan terbabit dilakukan sebelum tahanan dihantar pulang ke negara asal. Kali terakhir kluster ini dikesan adalah 28 November 2020,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, berkata jumlah kes harian COVID-19 semalam mencatatkan kes sebanyak tiga angka.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 semalam adalah sebanyak 143 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,510 kes dan tiada kes kematian direkodkan.

“Jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital 129, menjadikan jumlah kumulatif 54,994 orang.

“Seramai 904 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 296 orang di hospital dan 608 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam,” katanya.

Berita Harian Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");