Berita Hari Ini, Jenayah

Tak Sempat Nak Jual Mercun, Dah Kena Tangkap

Bentong: Seorang lelaki tempatan ditahan di sebuah rumah di Taman Desa Damai, di sini, kerana memilik mercun dan bunga api tanpa lesen bernilai RM 50,000.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan polis yang menyerbu rumahnya pada 12.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai.

Beliau berkata, pemeriksaan di ruang tamu rumah terbabit menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api.

Katanya, lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang lesen atau kebenaran untuk memiliki dan menjual mercun serta bunga api.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek baru sahaja memiliki kesemua jenis mercun dan bunga api terbabit dan disimpan di dalam rumah sewa suspek sebelum dijual kepada orang ramai.

“Siasatan akan diteruskan untuk mengenalpasti dari mana mercun dan bunga api itu diperolehi,” katanya.

Beliau berkata, lelaki yang tidak bekerja itu akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");