Berita Hari Ini
Like

Tun M Serba Salah Bertanding PRU15

April 18, 2021
416 Views
0 Comments
1 minute read
Tun M Serba Salah Bertanding PRU15

LANGKAWI – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berasa serba salah untuk membuat keputusan sama ada akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, beliau mungkin akan bertanding semula pada PRU15 nanti sekiranya menerima banyak permintaan daripada penyokong.

Bagaimanapun katanya, beliau berasa serba salah ketika ini untuk bertanding semula kerana telah membuat keputusan tidak mahu bertanding lagi.

“Saya serba salah, saya tidak mahu bertanding tetapi orang asyik menekan saya. Macam hari itu juga, saya tidak mahu bertanding tetapi orang menekan saya supaya bertanding juga.

“Jadi jikalau dia tekan kuat sangat, mungkinlah. Jikalau tidak berapa kuat, saya tidak bertandinglah. Jikalau orang datang berduyun-duyung di rumah, hari itu pun macam itu juga,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Al-Ehsan Temonyong di sini pada Jumaat.

Dr Mahathir berkata, ada beberapa rombongan datang bertemu dan meminta beliau melakukan sesuatu selepas seminggu beliau meletakkan jawatan.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak berhasrat bertanding Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya dilaksanakan mengikut tempoh penggal semasa memandangkan usianya telah mencecah 98 tahun ketika itu.

Pada awal Oktober, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh memberi gambaran berkemungkinan bertanding PRU akan datang sekiranya penyokongnya tidak bersetuju beliau bersara.

Dr Mahathir berkata, hasrat beliau tidak bertanding PRU15 sebelum ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokongnya.

Sinar Harian

Komen & Pendapat

Comments are closed.