Jenayah

Wanita Rugi RM2.8 Juta Terpedaya Cinta Lelaki AS

PETALING JAYA: Seorang wanita kerugian hampir RM2.8 juta selepas menjadi mangsa penipuan sindiket “Love Scam”.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Mohd Mahidisham Ishak, berkata mangsa mendakwa berkenalan dengan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) menerusi aplikasi Tinder pada Nov 2020.

Katanya, suspek memperkenalkan diri sebagai bekas juruterbang di sebuah syarikat penerbangan luar negara.

“Sepanjang tempoh perkenalan selama lima bulan, mangsa diminta membuat beberapa bayaran ke dua akaun syarikat tempatan bagi membiayai kursus penerbangan.

“Setelah melakukan beberapa transaksi atas permintaan suspek, mangsa yang kehabisan wang simpanan terpaksa meminta bantuan kewangan daripada ahli keluarganya untuk disalurkan bagi tujuan membantu suspek,” katanya dalam kenyataan.

Mahidisham berkata, mangsa sedar ditipu selepas dinasihatkan oleh keluarganya dan membuat laporan polis semalam.

Beliau turut memaklumkan, sepanjang tahun lalu pihaknya membuka 72 kertas siasatan melibatkan sindiket “Love Scam” berbanding 42 pada 2019.

“Data menunjukkan kebanyakan mangsa adalah wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun dan merupakan golongan berpendidikan serta bekerjaya,” katanya.

Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");