Berita Hari Ini

ISMAIL SABRI, ANDA BUAT 5 PERKARA INI AGAR LEBIH LAMA PEGANG JAWATAN PM.

Kita semua tahu pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal sama sekali. Tidak hairan lah beliau perlu diganti dengan pemimpin UMNO yang dilihat lebih berkaliber dari Presiden Bersatu tersebut.

Hakikatnya, Kerajaan Perikatan Nasional yang gagal itu perlu diselamatkan oleh parti UMNO dari kemusnahan yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin.

Pelbagai jawatan GLC diberi kepada pembodek-pembodek yang tidak tahu hujung pangkal mengenai perniagaan. 70 ahli MP yang tidak semenggah telah dilantik menjadi Menteri dan timbalan Menteri kabinet.

Banyak keputusan mengenai ekonomi dan kesihatan dibuat tanpa melalui akal fikiran yang waras. Tidak syak lagi, 17 bulan di bawah pentadbiran Muhyiddin menyaksikan lebih 13,000 orang mati akibat covid, lebih sejuta dijangkiti penyakit itu dan berjuta juta lagi kehilangan pendapatan dan pekerjaan.

Menjelang pengumuman ahli kabinet baru tidak lama lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mempunyai tanggungjawab untuk membatalkan keputusan tidak masuk akal yang dibuat oleh Muhyiddin, iaitu:

  1. Membatalkan projek 5G Digital Nasional Berhad (DNB) yang akan menelan belanja RM11 billion! Syarikat Digital Nasional Berhad mesti dibatalkan hak untuk menyelia spektrum 5G dan kerja ini harus diberi semula kepada MCMC. Spektrum 5G ini perlu dilelong kepada syarikat telco untuk mendapat pulangan kepada Kerajaan. Dari kerajaan bakal mendapat berbillion ringgit hasil lelongan spektrum, Muhyiddin dan Tengku Zafrul mengarahkan agar RM11 billion duit cukai rakyat pula digunakan untuk menghasilkan 5G. Ini adalah keputusan tolol dimana Ismail Sabri mesti perbaiki! Jika tidak, kualiti 5G di negara ini akan diketawakan dunia.
  • Isu Kabotaj yang dirosakkan oleh Wee Ka Siong tahun ini perlu disemak semula oleh Ismail Sabri. Alangkah bodohnya Menteri Pengangkutan di zaman Muhyiddin apabila mereka tidak membenarkan kapal kapal laut syarikat-syarikat gergasi internet seperti Microsoft, Amazon dan sebagainya untuk perbaiki kabel kabel internet bawah laut. Akibatnya, kadar kelajuan internet Malaysia menjadi perlahan dan memburukkan kualiti internet di negara ini. Oleh sebab Wee Ka Siong tidak berfikir panjang, Facebook telah membuat keputusan untuk membina jaringan kabel internet bawah laut menghubungkan hanya Singapura, Indonesia kepada benua Amerika Utara. Malaysia sudah ketinggalan serba serbi akibat kerajaan Perikatan Nasional yang tidak siuman ini.
  • Umum mengetahui bahawa Tengku Zafrul ketika menjadi Menteri Kewangan hanya tahu menjaga pihak bank dan para usahawan kaya sahaja. Beliau tidak sedikit pun hirau kepayahan rakyat Malaysia ketika pandemik melanda. Beliau lantang berkata bahawa walaupun kita boleh menolong rakyat dengan memberi moratorium pinjaman tanpa syarat, tetapi kita tidak perlu (even if we can help, doesn’t mean we should). Namun apa yang pasti, Zafrul pandai juga memberi bantuan kewangan dan projek kepada syarikat sepupu beliau (Raja Hamzah). Ini dibongkar oleh portal The Vibes apabila mereka menyelidik bahawa dana Penjana Kapital berjumlah beratus juta telah diberi kepada syarikat RHL Ventures yang dimiliki oleh Raja Hamzah yang juga anak kepada Raja Nong Chik. Kita sebagai orang susah nak dapat RM1,000 pun perlu daftar sana sini minta bantuan. Sepupu dia senang saja dapat dana. Boleh baca di sini – https://www.thevibes.com/articles/news/15622/2-fund-managers-picked-for-penjana-vc-scheme-linked-to-tengku-zafrul
  • Ismail Sabri harus tegas dan ambil sikap peduli dengan tindak tanduk Menteri Menteri beliau nanti. Jika tidak, jadi lah macam Tengku Zafrul nanti – dihina masyarakat segenap lapisan. Satu lagi projek yang Perdana Menteri mesti batalkan ialah projek imigresen (National Integrated Immigration System atau NIIS) yang berjumlah RM1.2 billion. Siapa yang perlu membayar RM1.2 billion ini? Tidak lain tidak bukan kita marhaen yang banyak kehilangan pendapatan. Projek ini diwar-warkan ada kena mengena dengan kroni terbesar Muhyiddin iaitu menantu beliau sendiri. Jika Ismail Sabri rajin membaca, beliau boleh mulakan siasatan dengan memanggil SPRM untuk selidik artikel ini – https://www.thevibes.com/articles/news/11037/muhyiddins-son-in-laws-shadow-looms-over-rm1.2-bil-immigration-project
  • Ismail Sabri juga patut melihat tindak-tanduk pengerusi pengerusi agensi kerajaan yang telah dilantik oleh Muhyiddin sejak tahun lepas. Kesemua mereka tidak memberi apa apa faedah kepada agensi tersebut malah menghabiskan duit saja diberi gaji. Sebagai contoh, Pengerusi MARA – Datuk Azizah Dun, seorang MP dari Beaufort. Adalah ahli perniagaan Giat Mara makin maju dan hidup selesa? Apa pembaharuan dan jasa yang beliau telah buat selain mendapat elaun berpuluh ribu sebulan? Ismail Sabri juga patut memecat kesemua ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara (EAC). Mereka semua gagal untuk membendung kerosakan ekonomi dan inflasi di negara ini.

Ini adalah 5 perkara pertama yang Ismail Sabri mesti lakukan dengan secepat mungkin. Jika tidak, pentadbiran beliau akan turut dikutuk dan dicerca seperti apa yang terjadi dengan kerajaan Muhyiddin Yassin. Semoga Ismail Sabri terbuka hati untuk membaiki segala keputusan buruk yang telah dibuat sejak 17 bulan yang dahulu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");