Berita Hari Ini

Anwar belum putuskan pertahan kerusi Port Dickson PRU15

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata soal sama ada dia akan mempertahan kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atau tidak masih belum diputuskan.

Ketua pembangkang itu berkata buat masa ini, tumpuan adalah kepada pemilihan PKR.

“Mengenai soal bertanding di sini, saya belum membuat keputusan lagi,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan mesra di Bazar Ramadan di Batu 4 di Port Dickson hari ini.

Dia juga berkata belum ada sebarang keputusan untuk menamakan Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun sebagai calon parti itu di kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU15.

“Belum ada apa-apa keputusan dan tak perlu buat andaian. Ini masa pemilihan parti dan bukan pilihan raya, justeru ia tiada kaitan, yang menang kemungkinan akan jadi calon dan yang tak menang pun kemungkinan jadi calon PRU,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Aminuddin untuk merebut jawatan ketua cabang PKR Port Dickson pada pemilihan parti yang dilihat sebagai laluan bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU15.

Dia turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bertanding pada pemilihan PKR kali ini.

“Bagi saya, siapa nak bertanding tiada masalah dan saya katakan ‘okey’ pada semua. Siapa nak bertanding dalam lima penjuru, semua saya kata okey dan silakan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 46 calon akan bertanding bagi merebut sembilan jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat pada Pemilihan PKR 2022.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");