Panasnya Hari Ini

Anwar: PM tak boleh diam diri ketika banyak isu mendesak cengkam negara

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah isu yang melanda negara dan berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak boleh berdiam diri.

Presiden PKR itu berkata antara isu berkenaan termasuk pelancaran rangkaian 5G negara yang bermasalah di bawah Digital Nasional Berhad (DNB), projek MRT berbilion ringgit yang mengejutkan dan pendakwaan rasuah di Perancis berhubung penjualan kapal selam Scorpene kepada Malaysia.

Selain itu, terdapat juga pengguguran pertuduhan terhadap Serba Dinamik walaupun firma minyak dan gas itu dituduh memalsukan dokumen serta isu SPRM menyiasat hakim yang mensabitkan kesalahan bekas perdana menteri Najib Razak, selain kes 1MDB yang sedang dibicarakan di AS.

“Isu-isu yang saya senaraikan ini memerlukan tindakan dan langkah serta penjelasan segera. 

“Perdana menteri tidak seharusnya berdiam diri tatkala hal-hal mendesak ini terus mencengkam negara dan rakyat, serta bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan Memorandum Persefahaman (antara Pakatan Harapan dan kerajaan),” katanya. 

Anwar mengingatkan bahawa negara boleh menghadapi kesukaran untuk bangkit semula jika isu-isu ini tidak diselesaikan dengan betul.

Dia turut menyatakan kenaikan harga barangan dan kejatuhan ringgit yang menurutnya adalah petunjuk rakyat kurang yakin terhadap hala tuju ekonomi negara.

“Kelesuan ekonomi saat ini ketimbang negara jiran Indonesia dari segi pelaburan asing (FDI), serta angka-angka melibatkan KDNK negara, pertumbuhan ekonomi, kadar kemiskinan serta pengangguran mesti dicerakinkan, diperbetul dan diperkukuhkan. 

“Saya menyeru rakyat supaya sedar dan menolak kelesuan ini serta bangkit menuntut perubahan sebaiknya,” katanya.-MKINI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");