Membawang Hari Ini

Artis pukul bekas isteri didakwa

Seorang artis dan penyanyi kumpulan terkenal tiba di Kompleks Mahkamah di sini, pagi ini dipercayai untuk didakwa kerana mencederakan dan memukul bekas isterinya.

Pendakwaan dijangka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.

Lelaki berusia 45 tahun itu tiba jam 8.53 pagi dengan bergari secara berkumpulan dan memakai baju biru.

Kelmarin, polis dilaporkan menahan artis terbabit kerana disyaki memukul dan mencederakan bekas isterinya di sebuah kediaman di Kota Damansara, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, dilaporkan berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima aduan daripada bekas isteri suspek berusia 27 tahun.

Pengadu mendakwa, dia berada di kawasan parkir kediaman bekas suaminya itu di Kota Damansara, jam 2.29 petang untuk mengambil anak lelaki daripada artis berkenaan.

Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham kerana pengadu dikatakan enggan bergambar dengan suspek sehingga artis itu didakwa marah dan memukul badan wanita berkenaan menyebabkannya lebam serta anggota badan sakit.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");