Berita Hari Ini

Kelonggaran kuarantin langkah perlu, kata ahli Parlimen Gopeng

 Kelonggaran peraturan kuarantin ke atas kontak rapat Covid-19 baru-baru ini adalah langkah perlu, kata bekas timbalan menteri kesihatan yang juga Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye.

Lee berkata, ia adalah sebahagian daripada kelonggaran sekatan yang dikenakan apabila negara kini memasuki fasa peralihan ke endemik wabak Covid-19.

Kementerian Kesihatan (KKM) pada Khamis lalu memaklumkan bahawa kontak rapat yang tidak bergejala tidak lagi perlu menjalani kuarantin tanpa mengira status vaksinasi bermula 22 April.Sebelum ini, hanya kontak rapat yang telah menerima dos penggalak dan tidak bergejala tidak perlu menjalani pengasingan.

Lee berkata, kadar suntikan vaksin dan dos penggalak yang tinggi kemungkinan menjadi sebab di sebalik keputusan itu. Bagaimanapun katanya, KKM mesti terus memantau keadaan dengan teliti.

Beliau menggesa supaya kontak rapat menjalankan ujian kendiri secara berkala dan mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang diperlukan bagi mengehadkan penyebaran virus.

Orang ramai perlu memutuskan berapa banyak sekatan diperlukan untuk mengelakkan diri daripada terdedah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai berkata, hanya masa yang akan menentukan sama ada kelonggaran kuarantin merupakan langkah yang baik atau selamat untuk kesihatan awam.

“Satu-satunya kebimbangan saya adalah mungkin ada mereka yang tidak melakukan ujian kendiri walaupun mereka mempunyai simptom. Kemudian ada yang positif tetapi memilih untuk tidak melaporkan keadaan diri mereka dan terus bergaul dengan orang lain.”- FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");