Berita Hari Ini

Kit Siang tolak jadi ‘mentor’ DAP

Veteran DAP Lim Kit Siang menolak tawaran untuk menjadi “mentor” parti itu yang diasaskannya lebih 50 tahun lalu selain mengulangi bahawa beliau telah bersara daripada kepimpinan parti.

Ketika berucap pada majlis makan malam bersama pemimpin dan ahli Parlimen DAP malam tadi, Lim berkata, beliau akan terus menyokong kepimpinan baharu parti dan ia telah disampaikan kepada Setiausaha Agung, Loke Siew Fook beberapa hari lalu.

Katanya, selagi masih hidup, beliau tidak dapat bersara daripada politik secara keseluruhannya “kerana politik mempengaruhi setiap aspek kehidupan seseorang”.

“Saya berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baharu dan setiausaha agung DAP yang mencadangkan saya menjadi ‘mentor DAP’.

“Sebagai orang yang bekerja keras dalam DAP dan menghabiskan 56 tahun hidup saya untuk memajukan perjuangan DAP, saya sentiasa bersedia memberikan pandangan dan nasihat mengenai masa depan Malaysia serta hala tuju baharu DAP.

“Bagaimanapun, tiada keperluan untuk sebarang jawatan dan oleh itu saya menolak cadangan CEC untuk menjadi mentor DAP,” katanya

Pada kongres kebangsaan parti bulan lalu, Lim mengumumkan bahawa beliau berundur daripada politik dan menarik diri untuk merebut kerusi dalam CEC pada pemilihan DAP.

Lim berada dalam CEC sejak 1966 ketika mula menjadi setiausaha penganjur kebangsaan dan seterusnya memegang jawatan setiausaha agung selama 30 tahun dari 1969.

Bagaimanapun, selepas pemilihan parti, CEC menamakan Lim sebagai mentor parti.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");