Berita Hari Ini

Kenapa Khazanah anaktirikan Malaysia Airlines? Luahan kakitangan MAS

Saya terpanggil untuk memberi maklum balas komen Encik Fuad Sharuji berkenaan sebab sebab memberi anak syarikat SIA bertapak di dua hangar besar di Subang.

Kesimpulan yang saya dapati ialah En. Fuad memandang rendah kapabiliti MAS dan cukup tega untuk bersikap melebih-lebihkan syarikat negara asing dari syarikat tempatan.

Umum mengetahui bahawa situasi kewangan dan prestasi MAS sudah menjalani pelbagai rintangan selama berbelas tahun namun Alhamdulillah sejak tahun 2020 sehingga kini, kedudukan asset cair MAS adalah yang terbaik sejak sedekad yang lalu. Dengan kekuatan likuiditi sahaja yang dikatakan sudah mencecah RM2 billion, sudah tentu ini membolehkan MAS untuk memberi fokus kepada perniagaan MRO yang, seperti En Fuad katakan – “MAS needs to evolve and move with time, to progress and remain competitive”

Bagaimana cara untuk MAS maju ke hadapan dan berdaya saing jika En Fuad, seorang bekas jurutera MAS sendiri telah memberi hangar hangar strategik ini kepada pesaing utama MAS?

Tidak usahlah En Fuad memberi contoh perihal zaman kegemilangan bolasepak negara yang sudah mundur atau mengungkit sejarah kegemilangan empayar Ottoman yang telah ranap sebagai contoh inilah yang terjadi kepada MAS.

Syarikat yang hampir muflis seperti JAL pun boleh menjadi kuat semula dengan pendekatan yang bijak.

En Fuad dan syarikat IVP lebih mirip si Kitol dan Raja Mendaliar yang membuka pintu pagar Melaka ketika Portugis datang menyerang. Faham kan tentang analogi ini?

Sudah tentu MAS tidak akan dapat bersaing apabila pencabar utama mereka dapat bertapak di tanahair MAS sendiri.

Ramai yang sakit hati apabila CEO SIAEC mendabik dada dan tanpa berselindung berkata – “dua hangar besar yang dapat memuatkan sehingga 6 buah pesawat ini, akan menguatkan kebolehan SIAEC di rantau ini.”

Tambah CEO SIAEC ini lagi, “dengan dua hangar ini, ia akan melengkapkan kemampuan hab mereka di Singapura”.

Tidak ada satu pun dari kenyataan beliau yang menguntungkan Malaysia. Semuanya untuk kegemilangan Singapura.

Oleh itu, sepatutnya En Fuad bersikap patriotik dan melihat kesilapan keputusan ini. Jika dua hangar ini diberi kepada syarikat MAS, sudah tentu ini memberi peluang kepada MAS untuk membina semula perniagaan MRO MAS yang kononnya sudah tidak bagus, dari kacamata Encik Fuad.

Mengapa kita sentiasa mahu memberi kelebihan kepada orang luar dari memupuk kebolehan orang kita sendiri? Adakah Encik Fuad tidak percaya kepada orang Malaysia sendiri?

Ikhlas,

Warga MAS Engineering.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");